Blog ini adalah khas untuk permohonan ke tingkatan 1 di SM Agama Rantau. Tiada asrama disediakan.
Friday, 21 January 2022
Tuesday, 18 January 2022
MAKLUMAN TERKINI UJIAN KELAYAKAN TINGKATAN 1 KBD TAHUN 2022 SM AGAMA RANTAU
TARIKH KEMASKINI: 18 JANUARI 2022 | SELASA
Assalamualaikum wbt.
Berikut ialah infografik mengenai Ujian Kelayakan Tingkatan 1 KBD Tahun 2022 SM Agama Rantau yang akan dijalankan mengikut ketetapan berikut:
- Tarikh: 22 Januari 2022 | 19 Jamadil Akhir 1443H
- Hari: Sabtu
- Masa: 7.45 pagi hingga 2.00 petang (anggaran)
- Tempat: SM Agama Rantau
6. Sebarang persoalan boleh diajukan di dalam Channel Telegram "Permohonan Tingkatan 1 SMA Rantau" dan facebook SMA Rantau.
7. Tuan/puan boleh mengimbas QR Code di bawah untuk mendapatkan saluran informasi terkini mengenai permohonan tingkatan 1 KBD SM Agama Rantau bagi tahun 2022.
Wednesday, 5 January 2022
BORANG PERMOHONAN TINGKATAN 1 SM AGAMA RANTAU TAHUN 2022
Assalamualaikum wbt
PERKARA: BORANG PERMOHONAN TINGKATAN 1 SM AGAMA RANTAU TAHUN 2022
1. Tuan/puan boleh memuat turun borang permohonan untuk kemasukan ke tingkatan satu di SM Agama Rantau dengan mengimbas QR code berikut atau menekan link Borang Mohon Ting 1 SMARt 2022.
Sila imbas QR code ini untuk muat turun borang.
2. Borang yang telah diisi perlu dikembalikan bersama-sama dengan salinan sijil yang diperlukan ke pejabat sekolah selewat-lewatnya pada 17 Januari 2022 (Isnin) pada jam 12.30 tengah hari.
3. Untuk makluman semua, TIADA ASRAMA disediakan di sekolah ini.
4. Semua pelajar di SM Agama Rantau mengambil jurusan Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) yang menjadikan bahasa Arab sebagai medium pembelajaran mata pelajaran Dini (Lughatul 'Arabiah Muassiroh, Usul Al-Din dan As-Syariah. Namun begitu mata pelajaran akademik yang lain masih menggunakan medium Bahasa Melayu.
5. Ujian kelayakan akan dijalankan pada 22 Januari 2022 (Sabtu) bermula jam 7.45 pagi sehingga jam 2.00 petang. Makluman terperinci mengenai Ujian Kelayakan akan dikongsikan kemudian.
6. Berikut ialah saluran komunikasi lain yang boleh tuan/puan gunakan untuk mendapatkan maklumat mengenai Permohonan ke Tingkatan Satu SM Agama Rantau ini.
6. Berikut ialah saluran komunikasi lain yang boleh tuan/puan gunakan untuk mendapatkan maklumat mengenai Permohonan ke Tingkatan Satu SM Agama Rantau ini.
Sila dapatkan saluran komunikasi mengenai informasi Kemasukan Tingkatan Satu 2022 dengan mengimbas QR Code ini.
7. Sebarang pertanyaan sila hubungi Pejabat Sekolah di talian 06-6943626 (Pn Noor Bee binti Alias)
Terima kasih
Terima kasih
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
NO NAMA PELAJAR LELAKI YANG LAYAK 1 AHMAD SYATIR LUTFI BIN SYAMSUL BAHRI 2 AIMAN ZAWAWI BIN AZIZUL ...