Thursday, 24 October 2019

SYARAT, TARIKH, BORANG & UJIAN KELAYAKAN

SYARAT PERMOHONAN UJIAN KELAYAKAN TINGKATAN 1 TAHUN 2020

1. Semua murid lepasan UPSR TAHUN 2019 layak memohon.


2. Pemohon adalah WAJIB untuk mempunyai:
     i. Keputusan UPSR 2019
     ii. Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
     iii. Pelaporan PAJSK
     iv. Pelaporan SEGAK
     v. Pelaporan Psikometrik (minimum tahap sederhana
         bagi konstruk tertentu)
     vi. Sijil Ujian Penilaian KAFA (UPKK)

3. Keutamaan diberikan kepada murid yang:
     i. Boleh membaca Al-Quran dengan baik
     ii. Boleh membaca dan menulis jawi
     iii. Mempunyai pengetahuan asas dalam Bahasa Arab

4. Tiada asrama disediakan. Tawaran adalah terbuka kepada calon-calon sekitar Seremban.

5. Sihat tubuh badan dan tiada penyakit kronik

6. Pakej utama yang ditawarkan adalah Kurikulum Bersepadu Dini yang mengandungi subjek teras dan subjek Dini iaitu Al-Lughah Al-Arabiay Al-Muasirah, Usul Al-Din dan As-Syariah.


---------------------------------------------------------------------------------
MAKLUMAN TARIKH PENTING PERMOHONAN KEMASUKAN TINGKATAN 1 SM AGAMA RANTAU TAHUN 2020:


Tarikh Permohonan Dibuka:
4 November 2019 | Isnin

Tarikh Permohonan Ditutup:
2 Disember 2019 | Isnin

Tarikh Ujian Kelayakan:
5 Disember 2019 | Khamis

Tarikh Pengumuman Keputusan:
9 Disember 2019 | Isnin

Tarikh Pengesahan Petempatan:
9 hingga 27 Disember 2019

Tarikh Pendaftaran Tingkatan 1 2020:
30 Disember 2019


---------------------------------------------------------------------------------
PENGHANTARAN BORANG PERMOHONAN UJIAN KELAYAKAN:

Borang permohonan boleh dimuat turun menggunakan pautan di bawah bermula 4 NOVEMBER 2019:

Borang permohonan juga boleh didapati di Pejabat SM Agama Rantau (pada waktu pejabat sahaja).

Sila hantar borang permohonan Ujian Kelayakan Tingkatan 1 SM Agama Rantau ke pejabat sekolah sebelum atau pada 2 DISEMBER 2019, jam 12.30 tengahhari bersama-sama item berikut:
1. Salinan Kad Pengenalan
2. Salinan Sijil Kelahiran
3. Salinan Keputusan UPSR
4. Salinan pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
5. Salinan pelaporan PAJSK
6. Salinan pelaporan SEGAK
7. Salinan pelaporan Psikometrik (minimum tahap
     sederhana bagi konstruk tertentu
8. Salinan Sijil UPKK
9. Sampul surat bersaiz 4" x 9" bersetem RM1.00 dan beralamat sendiri (Untuk makluman keputusan Ujian Kelayakan adalah BERJAYA / TIDAK BERJAYA)


---------------------------------------------------------------------------------

UJIAN KELAYAKAN TINGKATAN 1 KBD TAHUN 2020 

1. Ujian ini akan dijalankan pada 5 DISEMBER 2019 | KHAMIS bermula jam 8.00 pagi bertempat di SM Agama Rantau.
2. Semua pemohon WAJIB MENDUDUKI UJIAN KELAYAKAN.
3. Sila bawa bersama ALAT TULIS.
4. Pakaian murid semasa Ujian Kelayakan: Uniform Sekolah (Rendah).

---------------------------------------------------------------------------------

Sebarang pertanyaan, sila hubungi:

SM Agama Rantau,
Kuala Sawah,
71200 Rantau,
Negeri Sembilan.

No Tel: 06-6943626 (pada waktu pejabat sahaja)
No Faks: 06-6946277


No comments:

Post a Comment